Assassin’s Creed Bakal Hadir Dalam Bentuk Anime

Baru sahaja tahun lepas kita melihat Michael Fassbender melakonkan watak utama dalam filem Assassin’s Creed. Dan kini tampaknya Ubisoft akan terus mempelbagaikan variasi kandungan dibawah siri berkenaan.

Berkongsi di Facebook, Adi Shankar, salah seorang penerbit filem terkemuka mengumumkan beliau akan bekerjasama dengan Ubisoft dalam hadir dengan sebuah siri anime untuk Assassin’s Creed.

Buat masa ini, ia hanya sekadar pengumuman yang mana anime untuk siri permainan popular berkenaan bakal hadir. Tetapi, pelbagai info lanjut masih menjadi tanda tanya, termasuk adakah ia akan eksklusif untuk Netflix sahaja, dan bagaimanakah konsep lakaran siri berkenaan kelak.

Adi Shankar baru sahaja hadir dengan sebuah siri animasi baru yang telah ditawarkan di Netflix sejak minggu ini, iaitu Castlevania.

Sohor Kini