Informasi Permainan Video Terkini
Edisi Terhad Ni No Kuni II: Revenant Kingdom Diumumkan

Edisi Terhad Ni No Kuni II: Revenant Kingdom Diumumkan

Diterbitkan pada Ogos 8, 2017 oleh .

Bandai Namco hari ini mengumumkan edisi terhad untuk Ni No Kuni II: Revenant Kingdom yang bakal tiba pada 19 Januari 2018 ini. Terdapat dua edisi terhad iaitu Edisi Prince dan Edisi King.

Untuk edisi Prince, pemain akan memperoleh pas musim, bekas permainan esklusif Steelbook bersama cakera Blu-ray menyertakan kandungan disebalik tabir permainan tersebut.

Manakala bagi edisi King pula, pelanggan akan memperoleh kesemua barangan edisi Prince bersama rekod vinil, buku koleksi seni permainan tersebut dan juga figura kotak muzik khas Ni No Kuni II: Revenant Kingdom.

Bandai Namco turut mengumumkan, untuk para pelanggan yang membuat pra-tempahan di mana-mana pengedar rasmi Bandai Namco khas di Asia Tenggara, mereka akan turut menerima bersama beg tote dengan 5 set kelengkapan pedang khas di dalam permainan tersebut.

Peminat siri permainan Ni No Kuni II: Revenant Kingdom, jangan lepaskan peluang untuk mendapat edisi terhad permainan ini di mana-mana pengedar rasmi Bandai Namco. Permainan ini akan tiba pada 19 Januari untuk Playstation 4.