Spotify Bakal Hadir Untuk Pengguna Xbox One

Spotify merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik popular yang mempunyai jutaan pengguna di seluruh dunia. Perkhidmatan penstriman muzik ini ditawarkan untuk pelbagai peranti, selain turut ditawarkan untuk konsol PlayStation 3 dan juga PlayStation 4.

Terkini, ia dilihat Spotify turut akan hadir untuk konsol Xbox One tidak lama lagi. Beberapa sumber sedia mengesahkan pembangunan aplikasi penstriman muzik berkenaan untuk Xbox One, tetapi tidak diketahui lagi bilakah ia akan diumumkan secara rasminya.

Bagi anda yang menantikan aplikasi Spotify untuk Xbox One, mungkin hajat anda akan terjawab tidak lama lagi.

Sohor Kini