Informasi Permainan Video Terkini
Ubisoft Tawar Demo Selama 5 Jam Untuk Ghost Recon : Wildlands

Ubisoft Tawar Demo Selama 5 Jam Untuk Ghost Recon : Wildlands

Diterbitkan pada Ogos 5, 2017 oleh .

Ubisoft kini telah mula menawarkan demo percuma untuk permainan akan datang mereka, Ghost Recon : Wildlands pada konsol PlayStation 4 dan juga Xbox One. Walaubagaimanapun, demo percuma ini menawarkan permainan terhad selama 5 jam sahaja.

Selain daripada had masa, Ubisoft tidak mengenakan sebarang sekatan lain. Anda boleh memainkan misi perseorangan, atau memainkan ia secara atas-talian bersama rakan-rakan lain. Walaubagaimanapun, seperti biasa, pengguna memerlukan langganan PlayStation Plus atau Xbox Live Gold untuk bermain ia secara atas-talian.

Permainan ini sebelum ini telah dilancarkan pada bulan Mac lepas, dan bagi anda yang masih berkira-kira untuk mendapatkannya, anda boleh mencuba versi demo ini dan membuat keputusan untuk membeli permainan ini atau sebaliknya.