Batman: The Enemy Within merupakan permainan musim kedua untuk siri permainan berepisod Batman The Telltale Series. Ia sebelum ini telah hadir dalam episod pertama yang dilancarkan tahun lepas.

Bulan lepas, Telltale mengumumkan musim kedua untuk permainan tersebut bakal tiba 8 Ogos ini. Hari ini, Telltale mempertontonkan trailer terbaru untuk permainan tersebut.

Trailer yang dipertontonkan menunjuk watak Enigma, atau The Riddler yang dikenali dengan sikap cilik dan teka-tekinya yang bakal membuat pemain terkejut. Trailer tersebut juga mempertayangkan watak Amanda Waller dan Joker.

Batman: The Enemy Within episod pertama akan tiba di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 8 Ogos ini.

Sohor Kini