Skip to main content

Rocket League merupakan salah satu permainan berbentuk unik, dimana pemain mengawal kereta dan perlu menjaringkan gol pada gawang gol pihak lawan. Ia telah dilancarkan pada Julai 2015 yang lepas, dan kini selang 2 tahun, pembangunnya berkongsi mengatakan kini Rocket League mempunyai lebih 34 juta pemain di seluruh dunia.

Dengan angka pemain yang ramai, kini pembangunnya turut menambah beberapa ciri-ciri baru, termasuk kemudahan untuk melapor pemain lain dalam permainan.

Rocket League kini ditawarkan untuk Xbox One, PlayStation 4 dan juga PC. Permainan ini turut dijangka dilancarkan pada Nintendo Switch pada tahun ini.

Leave a Reply