Informasi Permainan Video Terkini
Clash of Clans Kini Sudah Berusia 5 Tahun

Clash of Clans Kini Sudah Berusia 5 Tahun

Diterbitkan pada Ogos 3, 2017 oleh .

Clash of Clans merupakan salah satu permua popular pada Android dan iOS, dan kini Supercell menyambut ulang-tahun ke-5 untuk permua berkenaan.

Clash of Clans

Seperti ramai sedia maklum, ia merupakan salah satu permua berbentuk strategi yang mempunyai angka pemain yang ramai diseluruh dunia. Berkongsi beberapa statistik menarik, Supercell mengatakan lbih 44 juta kemenangan berbentuk 3 bintang telah diperolehi pemain, dan lebih 100 juta Townhall telah dimusnahkan sepanjang tempoh 5 tahun ini.

Secara keseluruhan, pemain telah menghabiskan masa selama 1.9 trillion jam untuk membina bangunan dan memperkukuhkan pertahanan mereka dalam permainan ini.

Dengan perkembangan ini, kita mungkin akan dapat melihat beberapa perkara baru turut ditambah pada permainan ini dalam bulan-bulan akan datang.