Informasi Permainan Video Terkini
Beta Terbuka Untuk Destiny 2 Bermula 18 Julai Ini Untuk Konsol

Beta Terbuka Untuk Destiny 2 Bermula 18 Julai Ini Untuk Konsol

Diterbitkan pada July 7, 2017 oleh .

Bagi para peminat permainan terbitan Bungie, iaitu Destiny, semestinya anda nantikan pelancaran permainan Destiny 2 dalam masa sekitar dua bulan lagi. Sementara menantikannya, dan dalam memberikan pengalaman awal untuk pengguna mencuba terlebih dahulu permainan berkenaan, pihak Bungie telah pun mengumumkan penawaran beta terbuka untuk para pemain.

Destiny 2 untuk konsol PlayStation 4 akan ditawarkan untuk ujian beta antara 18 Julai sehingga 20 Julai ini. Sementara untuk pengguna Xbox One pula ia akan ditawarkan bermula 19 Julai sehingga 20 Julai. Tarikh awal ini adalah untuk mereka yang pra-tempah sahaja, dan untuk mereka yang tidak, anda boleh mencubanya pada 21 Julai sehingga 23 Julai.

Bungie turut mengesahkan yang mana pengguna PC hanya boleh mencuba beta Destiny 2 ini sekitar Ogos kelak.