EA hari ini telah mengeluarkan satu lagi video trailer untuk FIFA 18, dimana kini mereka mempertontonkan FIFA 18 bersama FIFA Ultimate Team, FUT dan beberapa ikon bolasepak ternama.
Bagi peminat bolasepak, anda berpeluang untuk bermain sebagai Yashin, Ferdinand, Maradona, Henry, Ronaldo, Pele dan juga Ronaldinho, dari tiga generasi yang berbeza. Setiap ikon permain bolasepak akan disertakan kostum, rupa malah statistik yang berbeza berdasarkan tiga generasi ketika mereka bermain bolasepak.
EA juga bakal memperkenalkan Squad battles yang akan merangkumi pelbagai cabaran pembinaan skuad dan barangan unik untuk pemain dapatkan dengan melaksanakan beberapa objektif. Pemain juga boleh bersaing bersama skuad pemain lain untuk meningkatkan kedudukan dan mendapat pelbagai ganjaran.
FIFA18 akan dilancarkan pada 29 September ini di PS4, Xbox One, Nintendo Switch Dan PC. Anda juga boleh membuat pra-tempahan awal untuk mendapatkan akses bermain FIFA18 tiga hari lebih awal pada 26 September.