Peminat siri permainan JRPG, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mendapat siri permainan Tales Of dengan harga yang rendah. Kini di Steam, sempena jualan mingguan, anda boleh dapatkan tiga siri permainan Tales Of pada harga promosi. Berikut adalah senarai harga promosi siri Tales Of di Steam.

  • Tales Of Symphonia  RM38 RM9.50.
  • Tales Of Zestiria  RM160 RM40.
  • Tales Of Berseria RM159 RM95.40.

Ketiga-tiga siri permainan Tales Of ini merupakan keluaran Bandai Namco. Bagi permainan Tales Of Symphonia, ia merupakan permainan dari Nintendo Gamecube yang dibawa khas ke Steam pada tahun lepas. Manakala Tales Of Zestiria dan Tales Of Berseria merupakan permainan yang dilancarkan bersama-sama di Konsol dan PC pada tahun 2015 dan 2017. Tales Of Berseria pula merupakan siri permainan Tales Of yang pertama dimana pemain bermain watak utama protagonis perempuan.

Anda boleh mendapatkan siri permainan ini dengan harga promosi pada minggu ini sahaja. Anda boleh melayari laman Steam dibawah untuk membuat pembelian

Laman Rasmi Steam : Jualan Siri Tales Of

Sohor Kini