Informasi Permainan Video Terkini
Sony Telah Mengeluarkan Lebih 63.3 Juta PlayStation 4 Sehingga Kini

Sony Telah Mengeluarkan Lebih 63.3 Juta PlayStation 4 Sehingga Kini

Diterbitkan pada Ogos 1, 2017 oleh .

Sony kini melalui laporan kewangan terbaru telah mengumumkan yang mana mereka telah mengeluarkan lebih 63.3 juta konsol PlayStation 4 di seluruh dunia.

Ini secara tidak langsung memperlihatkan peningkatan sebanyak 3.3 juta untuk tempoh tiga bulan daripada 1 April ke 30 Jun lepas. Sony sebelum ini telah mengatakan telah mengeluarkan sekitar 60 juta konsol PlayStation 4 pada 31 Mac yang lepas.

Penjualan konsol pada awal tahun kebiasaannya adalah sedikit rendah berbanding penghujung tahun kerana musim cuti dan sebagainya.

Buat masa ini, PlayStation 4 masih mendahului konsol lain di pasaran hari ini, dan sejumlah permainan sering diumumkan untuk konsol berkenaan terlebih disebabkan angka pengguna yang ramai di seluruh dunia.

Bagi anda sendiri, adakah anda telah mendapatkan konsol PlayStation 4 atau masih sedang berkira-kira untuk mendapatkannya?