Shadow Of Mordor, permainan yang dikeluarkan pada tahun 2014 oleh Monolith, baru sahaja mengeluarkan kemaskini terbaru untuk permainan tersebut.
Melalui pembaharuan yang ditawarkan, ia membolehkan pemain mengeskport Nemesis ke sequel permainan ini, iaitu Shadow Of War yang akan dilancarkan pada Oktober 10 kelak.
Kemaskini ini dipanggil Nemesis Forge di mana sistem Nemesis yang terdapat di permainan Shadow Of Mordor untuk dimuat naik ke Shadow Of War. Pemain dapat memuat-naik musuh dan juga pengikut Orc untuk di eksport ke Shadow Of War sebagai musuh dan pengikut yang sedia ada.