Bagi peminat John Cena, iaitu ahli gusti di WWE, anda pasti akan berminat dengan edisi Nuff WWE 2k18 yang diumumkan oleh 2k Sports hari ini.
WWE 2k18 Cena Edisi Nuff ini merupakan edisi khas ulang tahun yang ke-15 bagi John Cena. Beliau telah mendapat juara dunia sebanyak 16 kali, dan kini menyambut ulang tahunnya dengan edisi khas permainan WWE 2k18 yang bakal tiba pada 17 Oktober ini. Edisi ini diumumkan untuk Playstation 4 dan Xbox One sahaja buat masa ini.
WWE 2k18 Cena edisi Nuff mengandungi esklusif figura John Cena dari Mattel, edisi terhad plak bersama Piece Of The Ring Mat dan gambar John Cena ketika kemenangan Royal Rumble dunia yang ke-16 bersama tandatangan. Watak permainan tambahan lagenda WWE Batista dan Rob Van Dam, bersama dua versi John Cena iaitu ECW One Night Stand 2006 dan Wrestlemania 26 2010 serta Kurt Angle American Hero 2001 dan Wrestling Machine 2006 turut disertakan. Supercard bonus edisi terhad John Cena, Batista dan Rob Van Dam dan pas musim untuk permainan tersebut juga ditawarkan kepada para pembeli. Anda juga akan menerima permainan WWE 2k18 dalam edisi deluxe.
Bagi anda yang berminat untuk membuat pra-tempahan permainan ini, anda boleh berbuat sedemikian di kedai atas-talian rasmi WWE RM690.91 atau di mana-mana pengedar rasmi permainan WWE.
[info] Kedai Atas-Talian Rasmi : WWE [/info]