Sony kini terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena penawaran kandungan video, dimana melalui Sony Pictures TV hari ini mereka telah mengambil-alih pegangan sebanyak 95% pada Funimation pada nilai mencapai $143 juta.

Bagi anda yang tidak mengenali akan Funimation, ia merupakan salah satu syarikat pengedar kandungan anime pada peringkat global, termasuk antara yang popular adalah Dragon Ball Z, Cowboy Bebop, One Piece, dan Attack on Titan.

Pengambil-alihan ini terus mengukuhkan lagi kedudukan Sony dalam arena penawaran kandungan anime yang semakin menerima permintaan meluas di seluruh dunia.

Buat masa ini, Sony turut mempunyai saluran TV khusus anime, iaitu Animax, dan juga Aniplex yang mempromosikan pelbagai perkara berkaitan anime.

Sohor Kini