Skip to main content

Pemain Playstation pasti tidak sabar dengan acara Playstation Experience South-East Asia 2017 ataupun PSX SEA 2017 yang bakal tiba pada hujung minggu ini, pada 5 Ogos di KL Live, Kuala Lumpur Malaysia. Kini, Sony mengumumkan 2 permainan perlawanan terbaru iaitu Dissidia Final Fantasy NT dari Square-Enix dan Dragonball FighterZ dari Bandai Namco akan turut boleh dimainkan pada acara berkenaan.

Selain itu, Sony juga mengumukan FIFA 18, Final Fantasy XV: Monster Of The Deep dan Stifled bakal tiba di PSX SEA 2017. Setakat sudah 16 permainan yang diumumkan oleh Sony yang bakal hadir ke PSX SEA iaitu:

  • Bravo Team
  • Everybody Golf
  • Detroid: Become Human
  • Gran Turismo Sport
  • Knack 2
  • Matterfall
  • No Heroes Allowed! VR
  • Stifled
  • The Inpatient
  • Dragonball FighterZ
  • Ni No Kuni II:Revenant Kingdom
  • Taiko No Tatsujin Drum Session
  • FIFA 18
  • Dissidia Final Fantasy NT
  • Final Fantasy XV:Monster Of The Deep
  • Far Cry 5

Seperti biasa, tandakan kalendar anda untuk 5 Ogos 2017 ini untuk melihat lanjut apakah yang akan dibawa oleh Sony pada acara PSX 2017 yang diadakan julung kalinya di Kuala Lumpur ini.

Leave a Reply