Informasi Permainan Video Terkini
Splatoon 2 Demo Diumumkan – Versi Akhir Bakal Dilancarkan Pada 21 Julai

Splatoon 2 Demo Diumumkan – Versi Akhir Bakal Dilancarkan Pada 21 Julai

Diterbitkan pada July 7, 2017 oleh .

Nintendo baru sahaja mengadakan acara Nintendo Direct semalam. Acara tersebut menfokuskan permainan mereka yang akan datang Julai kelak, iaitu Splatoon 2. Melaluinya, Nintendo mengumumkan beberapa senjata baru untuk permainan ini, antaranya Special Weapon terbaru iaitu Tenta Missiles iaitu senjata yang menembak peluru berpandu terhadap musuh

Terdapat pelbagai pengumuman dari Nintendo untuk Splatoon 2 termasuk kawasan baru dan pakaian yang boleh diubahsuai. Terdapat juga aplikasi sokongan bersama telefon pintar yang anda boleh guna bersama ketika bermain Splatoon 2 iaitu Splatnet 2. Splatnet 2 akan digunakan bersama aplikasi Nintendo Switch Online, untuk anda menghantar mesej, pesanan suara dan berkomunikasi bersama pemain lain melalui bual maya suara. Aplikasi Nintendo Switch Online akan dilancarkan bersama Splatoon 2.

Splatoon 2 Demo akan tiba di Nintendo Switch E-Shop pada 16 Julai 6 pagi hingga 10 pagi (Waktu Malaysia). Splatoon 2 akan dilancarkan pada 21 Julai.


TIPS & ULASAN