Skip to main content

Bagi mereka yang masih lagi bermain permainan Metal Gear Solid V The Phantom Pain, Konami kini mengumumkan kemaskini terbaru yang bakal tiba pada bulan Ogos ini. Pemain berupaya untuk bermain sebagai Revolver Ocelot di misi Forward Operating Base (FOB).

Revolver Ocelot mempunyai teknik untuk mengisi peluru dan menggunakan senjata dengan pantas. Dengan menggunakan senjata TORNADO-6, Revolver Ocelot boleh memantulkan peluru untuk menembak musuh.

Selain itu, pemain juga akan mendapat pakaian renang untuk askar Diamond Dog untuk kegunaan ketika mempertahankan FOB dan juga menyusup ke FOB musuh.

Konami juga membaiki beberapa pepijat permainan tersebut bersama kelengkapan baru untuk wormhole generator. Metal Gear Solid V adalah permainan yang dilancarkan pada tahun 2015 dan merupakan permainan siri Metal Gear terakhir oleh Hideo Kojima sebelum beliau meninggalkan Konami. Konami menyatakan kemaskini ini bakal tiba pada bulan Ogos ini.

Leave a Reply