Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Horizon Zero Dawn Terbaru Hadir Dengan Tahap Kesukaran Lebih Mencabar

Kemaskini Horizon Zero Dawn Terbaru Hadir Dengan Tahap Kesukaran Lebih Mencabar

Diterbitkan pada July 7, 2017 oleh .

Masih lagi bermain Horizon Dawn? Kini, kemaskini terbaru untuk permainan Horizon Zero Dawn 1.30 sudah boleh di muat-turun, yang mana menyertakan beberapa fungsi tambahan seperti New Game + dan tahap kesukaran Ultra Hard. 2 trofi tambahan juga telah ditambah sempena New Game+ dan pembaik-pulih pepijat (bug) permainan yang dikenal-pasti sebelum ini..

Horizon Zero Dawn adalah game esklusif PlayStation 4 yang keluar pada Februari lepas. Pembangun permainan ini, Guerilla Games sudah mengumumkan DLC terbaru untuk permainan ini The Frozen Wilds pada E3 yang lepas.

Untuk senarai penuh kemaskini terbaru Horizon Zero Dawn, boleh diperlihatkan di laman pengumuman mereka.