Informasi Permainan Video Terkini
GEXT Akan Bermula 9 September Di Malaysia – Mempertandingkan Dota 2

GEXT Akan Bermula 9 September Di Malaysia – Mempertandingkan Dota 2

Diterbitkan pada July 28, 2017 oleh .

NVIDIA akan menganjurkan acara NVIDIA GeForce Day di Pulau Pinang esok, dan bersempena dengannya, hari ini NVIDIA turut mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara GEXT di Malaysia bermula 9 September 2017 kelak.

Acara ini akan berlangsung di pelbagai kafe siber yang disahkan oleh NVIDIA seluruh Malaysia pada September dan Oktober ini. Sebanyak 10 kafe siber telah diiktiraf oleh NVIDIA buat masa ini.

Para pemain akan bertanding dalam permainan DOTA 2, dimana bersaing antara satu sama lain dan berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah $75,000 yang ditawarkan untuk rantau Asia Tenggara ini.

Acara GEXT ini akan dimulakan di Hin Bus Depot Penang kelak.