Informasi Permainan Video Terkini
Kini Anda Sudah Boleh Mainkan Watak Doomfist Pada Overwatch
PC

Kini Anda Sudah Boleh Mainkan Watak Doomfist Pada Overwatch

Diterbitkan pada July 27, 2017 oleh .

Overwatch merupakan salah satu permainan tembak-menembak berkumpulan yang popular daripada Blizzard. Selepas menguji watak baru dalam permainan berkenaan sejak beberapa minggu lepas, kini akhirnya watak dinamakan Doomfist telah boleh diakses oleh semua pemain seluruh dunia.

Doomfist memfokuskan kepada serangan jenis melee, membolehkan watak berkenaan menyerang musuh dan melarikan diri dengan pantas.

Bagi anda yang memainkan Overwatch pada PlayStation4 , Xbox One atau PC, anda sudah boleh mencuba watak ke-4 yang diperkenalkan daripada Blizzard ini sejak pelancaran Overwatch.