Astro sebelum ini sedia hadir dengan penawaran saluran e-sukan tersendiri, dinamakan sebagai eGG Network. Kini, bersempena dengan ulang-tahun pertama saluran berkenaan, Astro menawarkan akses ke saluran berkenaan secara percuma untuk semua pelanggan Astro bermula 1 Ogos 2017 selama 100 hari lamanya.
Pengguna boleh menonton ia pada televisyen, atau turut mengikuti ia melalui aplikasi Astro Go. Bagi mereka yang bukan pelanggan Astro, tetapi ingin mengikuti saluran ini, anda turut boleh mengikutinya secara percuma melalui aplikasi NJOI Now.
Sepanjang tempoh ini, sejumlah perlawanan akan berlangsung, termasuk The International 7 Dota 2 Championships bermula 2 Ogos, The Dota 2 Majors pada Oktober, LOL World Championships pada penghujung September, serta ELEAGE dan Star Series pada bulan September.
Disamping itu, pertandingan untuk permua seperti Mobile Legends SEA Cup Finals dan Vainglory8 SEA Summer Championship turut akan dtawarkan melalui saluran eGG Networks ini.