Dengan populariti permainan Overwatch yang dimainkan jutaan pemain seluruh dunia, semestinya ramai tidak sabar menantikan watak baru diperkenalkan untuk dimainkan mereka. Blizzard sebelum ini telah hadir dengan beberapa teaser untuk Doomfist, dan hari ini telah menawarkan ia untuk dimainkan oleh pengguna melalui Overwatch PTR.
Seperti dikongsikan melalui kisah watak berkenaan sebelum ini, Akande Ogundimu adalah Doomfist yang telah melepaskan diri daripada penjara dengan bantuan Reaper dan turut telah merampas kembali senjata Doomfist, iaitu Gauntlets.
Bagi anda yang tidak sabar, mungkin boleh mencubanya melalui Overwatch PTR (Public Test Region) yang ditawarkan untuk PC sahaja. Hendaklah diambil perhatian yang mana ia dihadkan kepada sekitar 10,000 pemain pada sesuatu masa – membuatkan anda mungkin perlu menantikan suatu tempoh masa sebelum dapat memainkannya. Disamping itu, kadar latency juga mungkin sedikit tinggi pada PTR ini.